
Powtoon merupakan sebuah laman web yang menyediakan aplikasi menghasilkan video dan slide yang canggih dan menarik. Selain dari itu, Powtoon amat mudah digunakan dan sesuai bagi guru yang mempunyai daya kreativiti yang tinggi untuk menghasilkan sesuatu yang baru bahan bantu mengajar di dalam kelas. Apa lagi? Guna la segala kemajuan yang ada.
Edmodo merupakan sebuah laman sosial yang mirip dengan FACEBOOK. Namun apa yang membezakan Edmodo dengan Facebook? Edmodo adalah laman sosial 24jam khas untuk guru-guru seluruh dunia. Laman ini memudahkan para guru untuk berkomunikasi dan berkongsi segala metod dan kaedah pengajaran bersama-sama dalam satu komuniti guru. Selain dari itu, Edmodo memberikan guru peluang untuk sentiasa "keep in touch" dengan para pelajarnya.
Socrative merupakan medium yang menarik bagi guru untuk melakukan perkara yang lain daripada yang lain dalam P&P di dalam kelas. Laman ini merupakan laman yang menyediakan aplikasi kuiz secara online yang boleh diubahsuai oleh guru. Socrative boleh digunakan sebagai permainan dan sebagai alat untuk penilaian formatif di dalam kelas. Ia menjadikan penilaian amat menarik dan menyeronokkan untuk pelajar. Apa lagi? Cuba lah.
Laman ini menyediakan beraneka macam alatan online untuk guru-guru. Nak tahu apa alatan yang ada? Klik la gambar di atas dan selamat meneroka. Rugi siapa-siapa yang tidak ambil peluang untuk meneroka.
Alatan Bahan Bantu Mengajar Online.
Disini saya kongsikan beberapa alatan ONLINE yang boleh digunakan sebagai BBM malah boleh diguna sebagai aplikasi untuk menghasilkan BBM (Bahan Bantu Mengajar) anda sendiri.
Anda sudah BOSAN dengan POWERPOINT? inginkan persembahan slide yang lebih menarik dan "kebaboom"? Apa kata anda guna aplikasi penghasilan slide secara online ini yang dinamakan "PREZI". Merupakan inovasi daripada POWERPOINT yang amat mudah digunakan. Anda nak guna secara offline pun boleh. Hanya download di dalam laman di atas. Klik sahaja pada gambar untuk menerokai aplikasi ini.
Anda inginkan sebuah aplikasi yang lebih mudah daripada PHOTOSHOP dalam mengubahsuai gambar? Apa kata anda guna sahaja aplikasi ini. Sangat mudah dan cepat. Admin sendiri pun menggunakan aplikasi ini untuk mengubah suai gambar menjadi lebih menarik walaupun admin dah empat tahun guna PHOTOSHOP. Boleh juga digunakan untuk "edit" gambar untuk dijadikan bahan bantu mengajar.